Social Icons

PUNCA KEYBOARD LAPTOP ROSAK

Punca keyboard laptop ROSAK

Benda elektronik apa pun memang sukar untuk dijangka bila nak rosak. akan tetapi kita boleh mencuba untuk mengurangkan kerosakan dan jangka hayat keyboard tahan lebih lama. ye la kan, kalaw nak tukar keyboard laptop memang mahal. selalunya dalam lingkungan RM200 dan keatas.


Jadi macam mana???

Jom panjangkan jangka hayat keyboard laptop

Tiga punca kerosakan keyboard laptop berdasarkan pengalaman ialah:

1. Bermain permainan komputer dengan menggunakan keyboard laptop. Tidak kiralah permainan komputer jenis apa pun kerana semuanya akan melibatkan emosi dan secara tidak sengaja kita akan menekan butang keyboard juga dengan penuh emosi sehingga menyebabkan kerosakan. Untuk elakkan masalah nie, korang beli external keyboard untuk bermain GAMES.

2. Biasa juga terjadi ialah air tertumpah atas laptop. Walaupun laptop telah dibiarkan kering untuk seketika tetapi litar elektronik di keyboard mungkin tidak terselamat kerana tempat mula-mula akan terkena apabila air tertumpah atas laptop ialah papan kekunci. JIka anda mahu mencegahnya boleh cuba pasang pelindung keyboard (keyboard protector) yang berupa getah lembut.

3. Laptop yang terlampau panas juga boleh mengakibatkan kerosakan keyboard seperti yang pernah terjadi kepada seorang pelanggan kami. Panas melampau ini boleh jadi akibat pengedaran haba yang tidak baik seperti habuk banyak di kipas processor atau memang processor dan motherboard itu ada masalah seperti kebanyakan laptop yang guna AMD. Untuk pencegahan anda boleh guna Cooler Pad.




2 comments:

 
 
Muhammad Naim